X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

SHAH ALAM - Kalau Menteri Besar Kedah sekarang ditukar, BN perlu mencari penganti yang disukai rakyat di setiap lapisan dan di kalangan ahli Umno.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, namun keadaan agak sukar kerana Menteri Besar Kedah kini Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menjadi pilihan ramai.

"Akar umbi sekarang agak tidak selesa dengan suasana kini sebab Mukhriz disukai kebanyakan belia di Kedah. Tetapi BN masih ada dua tahun untuk pulihkan sokongan sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu  atau lusa ini ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.

Sementara itu ketika ditanya calon yang paling sesuai bagi mengantikan Mukhriz, Mohd Azizuddin berkata, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain dilihat paling layak.

"Orang paling kanan dalam Umno Kedah ialah Datuk Ahmad Bashah. Tapi bagi saya setakat ini orang yang paling sesuai untuk menyatukan Umno yang sedang berbalah ini ialah Datuk Tajul Arus. Saya lihat dia mampu memimpin Kedah untuk PRU akan datang," katanya.  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!