X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Ahmad Yunus Hairi
Dr Ahmad Yunus Hairi
A
A

AMPANG - Pas Selangor menangkis dakwaan kononnya dua minggu selepas Muktamar Tahunan 2015, PR akan berpecah.

Bendahari Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau optimis ketiga-tiga parti masih kekal bergabung di dalam PR bagi berdepan PRU14. “Cakap- cakap kononnya selepas dua minggu selesai Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 ini bahawa PR akan hancur hanyalah sekadar persepsi  memanaskan bahang yang tidak sepatutnya tercetus. “Itu persepsi yang boleh diterbitkan sesiapa pun, cuma saya melihat daripada sudut pandang positif iaitu kesepakatan dalam PR,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan penutup kursus kepimpinan dan pengurusan ketua kampung di Hotel De Palma Ampang, di sini, semalam Adun Sijangkang itu menegaskan, Majlis Tertinggi PR adalah medan terbaik dan berkesan merungkai persepsi yang timbul. “Fungsi Majlis Tertinggi PR selaku arena perbincangan masalah berbangkit, isu yang besar pun kalau kita bincang boleh selesai. “Isu kecil jika kita biarkan, tidak dibawa berbincang secara baik akan timbulkan persepsi seperti ini kononnya PR akan berkubur dua minggu selepas muktamar,” katanya. Beliau turut memberi keyakinan bahawa Pas Selangor kekal bersama PR.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!