X

Kindly register in order to view this article
!

Pas minat tanding lebih 10 Dun di Sarawak

A
A

MIRI - Pas memutuskan untuk bertanding lebih 10 kawasan Dun Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, termasuk kawasan Dun baharu yang diluluskan parlimen baru-baru ini.   

Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, Pas Sarawak juga akan bertanding kawasan Dun yang biasa ditandingi DAP terutama sekali di kawasan bandar utama negeri ini.   

"Antara kerusi yang bakal ditandingi ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan," katanya

dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Pas Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan Pas pusat untuk mengekalkan kerjasama politik dengan PKR.   

Pada PRN Sarawak ke-10, Pas bertanding lima kerusi Dun tetapi tewas semuanya. - Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus