X

Kindly register in order to view this article
!

Pandikar sambut slogan 'Ini Kalilah'

Tan Sri Pandikar Amin
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menyatakan tekad untuk 'berubah' bagi sesi Parlimen 2013-2018. Dalam ucapannya, Pandikar berkata, beliau mahu memberi tanggapan positif terhadap istilah-istilah yang sering dilaungkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang mahu pun kerajaan. Menurutnya, seruan yang diungkapkan itu membawa kepada suatu tujuan iaitu mencapai "perubahan sikap untuk membuat kebaikan". "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah mendengar beberapa seruan yang seringkali dilaungkan oleh pemimpin dan rakyat akar umbi seperti "ubah", "transformasi", "reformasi", "ini kalilah", "kalau bukan kita siapa lagi?" dan "kalau bukan sekarang bila lagi?". "Bagi mereka yang telah "mempopularkan" seruan ini, mungkin mereka mempunyai pengertian yang tersendiri tapi bagi saya ia untuk mengubah kepada kebaikan. "Jadi ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah," ujar beliau mengambil seruan yang dipopularkan PR itu untuk membudayakannya. Mengulas lanjut, Pandikar juga berkata, perubahan turut dilakukan pada tempat duduk ahli Parlimen pembangkang daripada mengikut blok parti kepada penyatuan parti. "Saya harap perubahan ini akan disusuli oleh pengwujudan barisan "Kabinet bayangan" untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas utama dari pihak tersebut," katanya. Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan ikrar akan menjalankan tugas dengan adil dan saksama seperti sumpah yang dilafazkan.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus