X

Kindly register in order to view this article
!

Kerjasama Pas, Umno wujud persaingan sihat

Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM - Kerjasama Pas dan Umno bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan persaingan yang lebih sihat dan terbuka.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, semua parti politik berhak untuk berlumba mengotakan janji mereka.

Bagaimanapun, yang berhak mengadili dan menghukum keikhlasan dan ‘perlumbaan’ parti-parti politik itu hanyalah rakyat.

“Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat.

“Politik menaburkan janji. Seperti bunga-bunga yang memutikkan buah. Semuanya indah. Tetapi yang meranum takkan sebanyak yang berguguran,” katanya menerusi petikan daripada muat naik status di Facebooknya, hari ini.

Jalinan kerjasama Pas, Umno kini menjadi topik hangat bualan rakyat sejak akhir-akhir ini.

Justeru itu, beliau menyeru semua jentera Pas untuk meneruskan amal dan jihad masing-masing demi memenuhi harapan negara.

“Berjuanglah demi melihat umat Islam yang semakin berpegang teguh pada tali ALLAH, lalu mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara,” katanya lagi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!