X

Kindly register in order to view this article
!

Isu MB: 2 Adun Pas berdepan tindakan disiplin

A
A

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurut satu kenyataan, nasib Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin akan diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya. "Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Negeri Selangor Kali Ke-26 tahun 2014 yang bersidang pada hari ini telah bersetuju sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan  YB Saari Sungib dan YB Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Dato' Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti. "... menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat untuk mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," kata kenyataan itu. Saari Sungib dan Hasnul mengejutkan Pas apabila menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sedangkan Pas ketika itu menyokong Abdul Khalid kekal. Sebelum ini, Pas Terengganu dan Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu mendesak agar dua Adun itu dipecat.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus