X

Kindly register in order to view this article
!

Isu calon Selama: Pemuda Pas bincang esok

A
A

IPOH - Pemuda Pas Perak dijangka akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan beberapa isu termasuk isu calon Dun Selama yang sedang hangat diperkatakan. Sumber Pemuda Pas memberitahu, perbincangan mengenai isu calon Dun Selama itu dibuat memandangkan ia melibatkan Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamaruddin. “Kita akan berbincang mengenai perkara itu selain isu-isu yang lain. Selepas mesyuarat itu, satu keputusan akan dibuat mengenainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kata sumber itu lagi, secara rasionalnya Pemuda Pas pasti berdiri di belakang Mohd Akmal termasuk menyokong pencalonannya bertanding di Dun Selama, namun sebarang keputusan bergantung kepada hasil perbincangan dalam mesyuarat tersebut. “Jadi kita tunggu apa keputusan mengenainya pada Rabu nanti (esok) tentang pendirian Pemuda Pas mengenai isu berkenaan,” jelas sumber berkenaan. Mohd Akmal dikatakan bakal menjadi calon bagi Dun Selama bagaimanapun pemilihannya mendapat bantahan daripada beberapa ahli yang mahukan Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!