X

Kindly register in order to view this article
!

Di sebalik spekulasi, Lajim jumpa Nik Aziz di KB

Lajim (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu, hari ini.
A
A

KOTA BHARU – Di sebalik spekulasi bahawa akan meninggalkan Umno, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim muncul di Kota Bharu hari ini - mengunjungi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat beliau di sini. Pada perjumpaan tengah hari itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengambil masa kira-kira 40 minit mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam suasana yang mesra. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan, lapor Harakahdaily. Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. “Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu. Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Difahamkan dalam pertemuan semalam itu, kedua-dua pemimpin tersebut berbincang pelbagai isu di peringkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Nik Aziz berkata, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan Kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincangkan di peringkat kerajaan terlebih dahulu. Katanya, taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada Kerajaan Negeri sebelum keputusan diambil. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan Kerajaan Negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah-sarap. "Setakat ini semua Kerajaan Negeri yang di bawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus