X

Kindly register in order to view this article
!

Dasar bersama Pakatan Harapan lebih radikal

Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR - Dasar bersama Pakatan Harapan yang bakal dilancarkan pada 16 Julai nanti akan lebih radikal dan dekat kepada rakyat.

Ketua Seketeriat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu akan diumumkan secara peringkat selepas Mac nanti.

“Selepas dilancarkan,  dasar-dasar itu akan meliputi keseluruhan dasar bersama. Sebahagian besar dasar itu adalah daripada penambahbaikan serta pengukuhan dasar Pakatan Harapan.‎

“Dasar bersama Pakatan Harapan ini ada kelainan kerana lebih radikal dan menekankan serta memberi fokus terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan rakyat masa kini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di Ibu Pejabat DAP, semalam.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, apa yang akan dilancarkan itu nanti menekankan isu-isu besar yang mendesak rakyat ketika ini.

Katanya, Pakatan Harapan mahu perkara itu diumumkan secara berperingkat dan radikal kerana ingin memberi ruang kepada rakyat memahami dan meneliti isu kandungan dasar tersebut.

Antara perkara yang bakal ditekankan adalah bagaimana untuk tangani isu kebajikan dan sosioekonomi serta politik pengundi Melayu.

“Isu ini akan dikupas secara bersama supaya kita boleh dekati isu ini dengan pendekatan pelbagai bangsa kerana isu ini telah menjadi senjata Umno untuk kekal berkuasa.

“Antara lain adalah memberi fokus kepada dasar guna tenaga memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mendesak,” katanya.

Selain itu, isu pendidikan menjadi fokus kepada Pakatan Harapan dalam mendekati pengundi masa kini.

Turut sama dalam sidang media itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!