X

Kindly register in order to view this article
!

DAP naif tuduh Pas-Umno bekerjasama demi politik

Umno-Pas
Umno-Pas
A
A

SHAH ALAM – Pas merupakan sebuah parti yang bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, individu dan NGO selagi ia melibatkan kepentingan rakyat. 

Tegas Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin, DAP adalah parti yang naif sekiranya menuduh Pas dan Umno bekerjasama atas dasar kepentingan politik.

“Kita (Pas) bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan rakyat. Sebagai contoh, Pas menganjurkan Kongres Rakyat yang melibatkan semua NGO, parti, dan individu berkepentingan demi kesejahteraan dan pembangunan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Mengulas perkara sama, katanya, kerjasama Pas dengan mana-mana parti politik tidak akan melibatkan pembentukan dan gabungan blok politik baharu.

Jelas Ir Khairil lagi, kepentingan untuk rakyat merupakan sasaran Pas sejak dahulu hingga kini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai isu baju sedondon Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis yang dicanangkan oleh sesetengah pihak menerusi media sosial.

Bagi pendapatnya, ia hanyalah isu mikro yang sepatutnya tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

Jelasnya lagi, baju tersebut diberikan kepada kedua-dua pemimpin oleh penganjur majlis untuk dikenakan semasa menghadiri majlis itu.

“Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi) konsisten daripada dulu dan sekarang. Tindakan beliau hanyalah berteraskan perlembagaan Pas. Tak ada yang pelik.

“Baju sedondon itu isu mikro. Tak patut jadi isu pun. Sepatutnya kita fokus pada apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Presiden dalam majlis tersebut.

"Kita dapat beritahu dunia pada masa itu bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah,” katanya lagi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!