Ruffedge tayang video kahwin peminat

Ruffedge
Ruffedge
A
A
A

HAMPIR 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, kumpulan Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul ‘Seperti Mereka’ pada Ogos tahun lalu. Kini, arena muzik diwarnai dengan kehadiran video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’.

Di zaman kegemilangan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini pernah popular menerusi lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan, Da’ Bomb, Lemas dan banyak lagi.

No Image Caption



Kumpulan yang mendukung genre R&B dan hip hop sejak awal kemunculan mereka pada tahun 1998 ini, tetap mengekalkan genre muzik yang sama dalam ‘Seperti Mereka’. Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu Bila Rindu. Single pertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ arahan Zalhilman Ismail ini sangat istimewa kerana ianya menayangkan bait-bait kenangan para pengantin yang telah melangsungkan perkahwinan sebelum ini. Ruffedge telah mengumpulkan video-video perkahwinan dan pertunangan dengan cara mengadakan pertandingan di sosial media pada tahun lepas dan secara eksklusifnya ditayangkan di dalam video muzik rasmi ini.

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ sudah boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019 lalu.

Artikel Berkaitan: