Pesanan Ayahanda buat Sissy Imann gementar

Sissy Imann
Sissy Imann
A
A
A

SETELAH hampir lima tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, 2018 merupakan tahun yang istimewa dan telah melonjak profil penyanyi dan penulis lagu muda, Sissy Imann.

Alunan piano dan persembahan memukau Sissy Imann di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) untuk mengiringi Hael Husaini menerusi lagu‘Jampi’ telah mencuri perhatian ramai.

Selepas itu, penyertaannya dalam program realiti ‘Big Stage’ pada tahun lalu turut membuatkan namanya lebih dikenali.

Apabila berita tentang Sissy Imann telah disunting oleh Faizal Tahir merebak pada Oktober tahun lalu, rata-rata peminat tidak sabar menantikan hasil kerjasama mereka.

Sejak beberapa minggu yang lalu, penyanyi yang mesra disapa sebagai Sissy ini sudah mula mengacah peminat dengan memuatnaik video teaser lagu terbaharunya menerusi laman Instagram.

Bagi membuka lembaran seni dan membina momentum kerjaya seninya untuk tahun 2019, hari ini Sissy melancarkan single terbaharunya berjudul “PESANAN AYAHANDA”.

Lagu ini merupakan single pertamanya di bawah naungan Faithful Music.

“PESANAN AYAHANDA” merupakan hasil ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan Sissy sendiri.

Artikel Berkaitan:

Tidak lari daripada identiti Sissy sebelum ini, gubahan muzik “PESANAN AYAHANDA” membawa rentak bossa nova yang disulam dengan elemen pop.

Ditambah pula dengan kelunakan vokal klasik Sissy melantunkan bait-bait lirik kontemporari, “PESANAN AYAHANDA” pastinya menawarkan suatu sajian halwa telinga yang unik buat pendengar muzik arus perdana tempatan.

Pastinya single ini membuatkan Sissy gementar bagi menunggu reaksi pengikutnya.

Single ini merupakan terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. “PESANAN AYAHANDA” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 25 JANUARI 2019 lalu.