Kamu telah menghukum saya: Shahrol Shiro

Shahrol Shiro
Shahrol Shiro
A
A
A

BEKAS penyampai radio Suria FM, telah meluahkan perasan di Instagram miliknya. Dikatakan bermula apabila punca penamatan kontrak Shahrol bersama Shahrol didedahkan dan didakwa mengaibkan dirinya.

Lantas Shahrol dengan panjang lebar telah menjawab persoalan tersebut.

"Be profesional Suria fm! Posting saya sebelum ni dah berterima kasih dan menghargai kamu. Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengaibkan saya. Kenapa timbulnya isu ni? Adakah kerana hasad dengki? Atau kerana terdengar bisikan syaitan?

"Biar saya jelaskan satu persatu. Isu ponteng kerja, mc dan disiplin, memang ada berlaku sepanjang MLM2018. Kadang-kadang mencari idea sehingga jam 3 pagi, pukul 5.30 dah bangun, ada yang terlajak. Apa hukuman kamu?

"Kamu GANTUNG dan TOLAK gaji saya. Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu telah pun MENGHUKUM saya! Sepatutnya kamu berikan sokongan penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak, gambar saya kat sosial media @suriamalaysia jarang sekali direpost. Kalau direpost boleh buat kenduri kesyukuran la,"tulis Shahrol.

No Image Caption

Shahrol turut menjawab persoalan mengenai isu jelajah Suria.

"Tidak ikut program kamu. Sepanjang jelajah Suria ada tempat yang tidak pergi kerana masalah keluarga dan show yang telah lock terlebih awal. Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah suria setiap Jumaat sedangkan kamu tahu Jumaat malam saya terlibat dalam Super Spontan. Selepas habis rancangan saya ikut jelajah kamu dengan kenderaan sendiri TANPA claim minyak dan tol.

Artikel Berkaitan:

"Dulu kamu pening kepala rating Suria jatuh, kita berbincang bersama dalam suatu suasana yang muhibbbah. Dengan izin ALLAH survey yang lepas kita naik. Bila nak tamatkan kontrak suruh datang ambil surat dan whatsapp, tanpa duduk bersama. Kamu ingat saya SAMPAH.

"Alasan kamu tidak mahu saya hilang fokus dalam MLM2018 sedangkan surat tamat kontrak sewaktu MLM berlangsung. Takkan nak nampak suci di situ," katanya lagi.

Akhir sekali, Shahrol turut memberikan kata-kata kepada rakan-rakan yang masih berada di stesen radio tersebut.

"Ramai rakan-rakan pernah berkata tidak elok pasal kamu tetapi saya nafikan. Buat sahabat-sahabat saya di sana @diyanaamira @fizialisuria dan @isseyfazlisham, teruskan berkarya dengan ikhlas.

"Buat @djlinsuriacinta jangan terlampau ikut perasaan, banyak api dalam serkam di sana...tak gitu tuan penasihat @jjstyleofficial.

"Lagi satu whatsapp jangan bagi blue thick jer, terguris perasaan ini. Saya tunggu juga ucapan tahniah atas kemenangan MLM dari kalian. Takpe, mungkin tak tengok Astro kot (bersangka baik). Akhir kata Majulah Tanpa Harus Menyingkirkan Orang Lain, Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang Lain, Dan Berbahagialah Tanpa Menyakiti Orang Lain," akhiri tulisannya.