X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Penstrukturan semula JKM ambil sedikit masa

RINA
A
A

KOTA BHARU - Penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan kerana ia melibatkan keseluruhan kakitangan, pentadbiran dan juga pengurusan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya telah pun mengadakan perbincangan termasuk dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan beberapa pihak lain, bagi menjadikan JKM sebuah agensi yang mampu menangani cabaran lebih besar di masa hadapan.

“Ia bukan sekadar pertambahan kakitangan, malah ia melibatkan struktur yang lebih besar lagi, bagi memastikan perkhidmatan terhadap rakyat dapat diutamakan,” katanya selepas Majlis Program Turun Padang KPWKM Edisi Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.

Rina berkata, ketika ini seorang pegawai JKM di lapangan menguruskan kira-kira 600 orang dan ini merupakan satu bebanan yang perlu diatasi supaya pegawai terbabit dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien.

“Ini satu jumlah yang tinggi, tapi kakitangan terbabit tetap menjalankan amanah yang terbaik dan bertanggungjawab terhadap kerjanya,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini seramai 500,000 orang menerima bantuan bulanan JKM yang membabitkan peruntukan RM1.5 bilion setahun. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!