X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat

Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangkakan bekalan pulih sepenuhnya secara berperingkat apabila bekalan air di kawasan-kawasan terjejas di negeri itu kini mencapai status pemulihan sehingga 51.6 peratus.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan Air Selangor untuk memaklumkan kepada pengguna tentang jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan dalam masa terdekat setelah sistem agihan bekalan air distabilkan.

"Hal ini termasuk memenuhkan semua tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, SPAN turut diarah menghubungi semua operator air seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) untuk membantu mengagihkan air kepada pengguna terjejas.

"Sehingga kini pihak Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk sembilan operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 pusat khidmat setempat serta mengagihkan air minum lima liter kepada pengguna terjejas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga LRA sudah beroperasi semula

Proses cuci LRA 10 jam

Dalam masa sama, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi seperti SPAN, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang berjalan melibatkan kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Saya ingin tegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan peruntukan perundangan.

"Proses pendakwaan akan dilaksanakan minggu depan ke atas pesalah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

"Seperti mana pernah dimaklumkan sebelum ini, pindaan ke atas peruntukan undang-undang sedia ada akan disegerakan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah supaya memberikan pengajaran dan balasan setimpal dengan apa yang dilakukan," katanya.

Tambahnya, pindaan yang dibuat akan membabitkan Seksyen 121, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

ARTKEL BERKAITAN: Kilang punca pencemaran Sungai Gong sudah disita

Empat beradik cemar Sungai Gong direman


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!