PH perlu peka kegelisahan rakyat, kata Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan PRK Cameron Highlands perlu dijadikan peringatan kepada pimpinan PKR dan PH agar peka terhadap kegelisahan rakyat dalam soal ekonomi dan kos sara hidup.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH perlu berusaha lebih gigih memenuhi manifesto PRU14 dan menangani sebarang masalah berkait isu kaum serta agama dengan penuh hikmah demi kemaslahatan semua.

"PKR menerima keputusan PRK Cameron Highlands dan mengucapkan tahniah kepada Ramli Mohd Nor yang dipilih menjadi wakil rakyat.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah mengendalikan PRK Cameron Highlands dengan baik terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP

Calon BN, Ramli Nohd Nor diumumkan menang selepas memperoleh 12,038 undi, manakala M Manogaran, 8,800 (PH dan dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib, 314, dan Wong Seng Yee 276.

Artikel Berkaitan: