'Jerman tak layak menang'

Pemain Sepanyol meraikan jaringan Luis Gaya.
Pemain Sepanyol meraikan jaringan Luis Gaya.
A
A
A

KAPTEN Sepanyol, Sergio Ramos memuji semangat juang yang dipamerkan rakan-rakannya untuk mengikat Jerman 1-1 dalam aksi Liga A, Kumpulan 4 Liga Negara-Negara UEFA di Stuttgart awal pagi tadi.

Menurutnya, Sepanyol tidak mudah patah semangat untuk mencari gol penyamaan walaupun Jerman menampilkan disiplin bertahan yang sangat baik selain pasukan itu juga sempurna di keseluruhan posisi mereka.

"Semangat adalah perkara utama yang kami hilang dalam minit awal perlawanan. Namun, kami kembali bangkit selepas gol dijaringkan Jerman dan ini menunjukkan pasukan kami sangat yakin dan mempunyai kualiti.

"Kemenangan tidak layak untuk Jerman kerana kami berjuang hingga ke saat akhir. Pasukan telah membuktikannya melalui perlawanan yang sangat sukar ini.

"Kami hampir pulang dengan tangan kosong, tetapi kerana kesungguhan dan semangat tidak putus asa, kami berjaya mengikat kedudukan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Timo Werner terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-51 sebelum pemain muda Sepanyol, Jose Luis Gaya menyamakan kedudukan sebelum perlawanan tamat.

Bagaimanapun, Ramos percaya La Roja boleh beraksi lebih baik daripada apa yang dipamerkan dalam perlawanan tersebut.

"Mungkin agak sukar untuk kami menemui rentak selepas tidak beraksi bersama dalam tempoh yang panjang. Tetapi, sudah tentu kami akan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum perlawanan akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: