X

Kindly register in order to view this article
!

Norizam bukan hanya usahawan burger

Norizam
A
A

PEMILIK The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman, 39, bukan sekadar usahawan burger tetapi juga pakar pelaburan yang mempunyai pusat latihan. Beliau ialah konsultan khusus bagi bidang pelaburan saham.

Dilahirkan pada 17 April 1981, Norizam yang berasal dari Johor berkelulusan dalam bidang pelaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga merupakan ahli bersekutu Persatuan Juruteknik Pasaran bagi kelulusan Chartered Market Technician (CMT) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Norizam mempunyai Lesen Perunding Unit Amanah Saham yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM) dan kini dikenali sebagai Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FiMM).

Pada tahun 2008 beliau dianugerahkan Lesen Wakil Niaga Pasaran Hadapan Bursa Malaysia (FKLI) dan Pasaran Hadapan Minyak Mentah Sawit Malaysia (FCPO) selepas lulus ujian Modul 14 (Niaga Hadapan dan Opsyen) dan Modul 16 (Peraturan Niaga Hadapan dan Opsyen).

Menurut maklumat biodata dalam laman web zamsaham.com, bapa kepada enam orang anak itu sebenarnya mula menceburkan diri secara tidak langsung dalam bidang pelaburan saham sejak dari bangku sekolah lagi.

Ketika itu, beliau mengikut bapa dan bapa saudaranya yang melabur saham pada tahun 1994 sebelum menceburkan diri secara langsung pada tahun 1999 sebagai pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kini dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai konsultan pelaburan di Citibank Berhad dan sebagai seorang remisier berlesen di RHB Investment Bank Berhad dari tahun 2003 sehingga penghujung tahun 2018.

Kini beliau memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia.

Di samping itu, beliau seorang yang aktif dalam bidang perniagaan dengan memegang jawatan sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat berhad seperti Unclezam Holding Berhad, UZ Food Berhad, UZ Hotel Berhad, Ancom Berhad serta memiliki beberapa rangkaian perniagaan seperti Zamsaham Training & Consultancy, Hotel Zamsaham dan Fly Asia Wrapping (FAW).

Nama: Norizam Tukiman

Umur: 39 tahun

Tarikh Lahir: 17 April 1981

Asal: Johor Bahru, Johor

Pendidikan: Diploma Analisa Pelaburan UiTM Segamat

Keluarga: Mempunyai seorang isteri berusia 36 tahun dan enam orang anak

Kerjaya: Pemilik Zamburger Sdn Bhd

Pemilik Hotel Zamburger

Penceramah saham (pengalaman 20 tahun di Bursa Malaysia)


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!