The Rock kongsi pengalaman positif Covid-19

PELAKON Hollywood terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson berkongsi pengalaman setelah disahkan terkena jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).
Berita itu dikongsi di Instagram peribadinya hari ini, sekali gus mendedahkan dirinya dan keluarga positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun dia dan keluarganya telah pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Menerusi rakaman video berdurasi durasi 11 minit 35 saat, Johnson menceritakan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus tersebut dipercayai diperoleh daripada keluarga terdekat.
Isterinya, Lauren Hashian bersama dua anak perempuan, Jasmine dan Tiana dijangkiti Covid-19 lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu.
Jelasnya, situasi dihadapinya sangat mencabar kerana ia berbeza dengan pengalamannya alami kecederaan semasa berlakon atau pun kemalangan.
Namun beliau terus bangkit melawan penyakit yang kini masih menular di seluruh dunia malah sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar mengutamakan kebersihan dan penjagaan diri.
"Orang ramai perlu menjaga disiplin diri, memakai pelitup muka dan melindungi keluarga agar tidak menjadi salah satu korban Covid-19," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmTular isteri mengamuk, belasah wanita Indonesia depan hotel
07 Februari 2026 10:25pmBeberapa peserta GARAH ditahan polis
07 Februari 2026 08:54pmNenek maut, cucu 6 bulan cedera kereta terbabas masuk longkang
07 Februari 2026 06:08pmRXZ Forever Legend: Wanita berpakaian seksi diarah pulang, 30 'dihadiahkan' tudung
08 Februari 2026 07:42amAlami pendarahan serius dalam perut, pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
08 Februari 2026 09:52am- Iklan -- Iklan -
