Masa depan Pas dalam PN tumpuan muktamar

Kamaruzaman
Kamaruzaman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hala tuju dan masa depan Pas selepas menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka menjadi isu tumpuan utama perwakilan parti itu dalam Muktamar Pas ke-66 pada 13 September ini.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, isu itu dijangka menjadi sebahagian ucapan dasar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar kali ini yang dijangka hanya bersidang sehari.

Menurutnya, memandangkan muktamar diadakan dalam waktu terhad berbanding tiga hari, majoriti perwakilan parti pastinya mahu mendengar amanat Presiden berhubung masa depan dan panduan kerja parti selepas menjadi sebahagian kerajaan PN.

“Turut diberi penekanan mengenai isu berkaitan PN dan Muafakat Nasional (MN) berikutan perubahan daripada pembangkang kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muktamar Pas kali ke-66 bakal diadakan di Kelantan dengan persidangannya dijangka disiarkan secara langsung melalui saluran media sosial bagi membolehkan seluruh ahli parti itu mengikutinya.

Muktamar kali ini juga dijangka hanya dihadiri 300 perwakilan berbanding jumlah kebiasaan 1,200 perwakilan pada muktamar terdahulu.

Artikel Berkaitan: