X

Kindly register in order to view this article
!

Zamburger beli TRW RM6.8 juta

Norizam (kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Team Red Warriors Sdn Bhd, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menunjukkan dokumen perjanjian pemilikan saham penuh ke atas pasukan Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Usahawan burger dan pakar pelaburan dari selatan tanah air, Norizam Tukiman menjadi 'penyelamat' apabila membeli The Red Warriors (TRW) dengan nilaian RM6.8 juta.

Norizam atau Zamburger berkata, sebagai permulaan bayaran awal berjumlah RM3 juta sudah dilunaskan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menjadi pemilik penuh pasukan itu menerusi saham Team Red Warriors Sdn Bhd.

"Baki selebihnya berjumlah RM3.8 juta lagi akan dilangsaikan sebelum hujung tahun ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penswastaan TRW di Hotel Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, Norizam menandatangani perjanjian pemilikan penuh ke atas pasukan Kelantan FC yang sebelum ini bawah kendalian Kafa.

Mohd Farisham (tiga dari kanan) menerima bayaran gaji dari pemilik TRW Norizam di sini hari ini.
Mohd Farisham (tiga dari kanan) menerima bayaran gaji dari pemilik TRW Norizam di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai permulaan beliau akan memberikan tumpuan kepada isu perlesenan pasukan.

Katanya, selain itu beliau mahu memastikan isu tunggakan gaji tidak akan lagi membelenggu TRW selepas ini kerana ia boleh memberikan kesan buruk pada pasukan.

Norizam berkata, beliau menyasarkan nilai TRW akan mencecah RM500 juta hingga RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, sasaran itu akan dicapai menerusi penyenaraian TRW di papan Bursa Malaysia.

“Dalam dunia saham dia ada pengiraan yang tersendiri. Sebagai contoh Uber nilai syarikat RM320 bilion tetapi setiap tahun mereka rugi RM1 bilion.

“Begitu juga dengan Manchester United, nilai mereka masih mencecah bilion ringgit meskipun mengalami kerugian," katanya.

TRW kini berada sepenuhnya di bawah kendalian Zamburger.
TRW kini berada sepenuhnya di bawah kendalian Zamburger.

Norizam berkata, nilai syarikat bukan bergantung pada untung dan rugi walaupun ia perlu diambil kira oleh seseorang usahawan.

Katanya, bagaimanapun beliau lebih selesa melihatnya dalam tempoh jangka panjang.

Norizam berkata, pembelian TRW satu cabaran positif buatnya dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kelantan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!