Nilai Messi hanya RM513 juta, bukan RM3.4 bilion

Nilai pasaran pemain menerusi penilaian yang dibuat oleh KPMG Football Benchmark.
Nilai pasaran pemain menerusi penilaian yang dibuat oleh KPMG Football Benchmark.
A
A
A

NILAI €700 juta (RM3.4 bilion) yang diletakkan Barcelona dalam klausa perpindahan Lionel Messi tidak berbaloi dan jauh daripada nilai pasaran sebenar pemain itu.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, satu penilaian yang dibuat oleh sebuah firma penganalisis pasaran pemain, KPMG Football Benchmark menunjukkan nilai Messi ketika ini berada pada kadar €124 juta (RM513 juta).

"Messi berada pada kedudukan ketujuh daripada 10 pemain dalam senarai pemain paling bernilai di dunia. Dua posisi teratas dikuasai pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan Neymar.

"Messi juga ketinggalan di belakang Raheem Sterling, Jadon Sancho, Mohamed Salah, dan Sadio Mane. Penilaian ini dilakukan dengan meneliti 10 liga utama Eropah menggunakan data daripada Opta," kata laporan itu.

Menurut laporan itu, nilai Messi turun tiga anak tangga daripada kedudukan sebelum ini memandangkan kontraknya hanya tinggal setahun dan pandemik Covid-19 menjadi faktor terbesar penurunan nilai pemain secara keseluruhan.

"Nilai pasaran para pemain di 10 liga utama Eropa turun sebanyak 17.6 peratus semasa tempoh pandemik daripada Februari hingga Mei. Namun, bermula Mei ke Ogos, nilai pemain naik sebanyak 3.8 peratus kerana kebanyakkan liga mula bersambung semula," katanya.

Terdahulu, Messi dilaporkan mahu meninggalkan kelab catalan itu pada jendela perpindahan musim panas nanti, namun terhalang kerana masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan.

Barcelona bagaimanapun sedia melepaskan Messi sekiranya ada pasukan yang sanggup menebus klausa perpindahan sebanyak €700 juta.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, nilai tersebut menjadi isu perdebatan banyak pihak selepas dilihat tidak relevan dan langsung tidak sepadan dengan nilai pasaran pemain itu.

ARTIKEL BERKAITANl: Messi pindah, Real untung

Messi dibenci di Barcelona

Messi kena hormat kontrak