The Rock, keluarga disahkan pulih Covid-19

Dwayne Johnson
Dwayne Johnson
A
A
A

MOSCOW - Pelakon Amerika Syarikat (AS) dan bekas ahli gusti Dwayne Johnson atau dikenali sebagai 'The Rock' berkata, dia dan keluarganya yang disahkan positif Covid-19 kini sudah pulih, lapor agensi berita Sputnik.

“Saya, isteri, Lauren dan dua anak perempuan saya, kami semua diuji positif Covid-19,” kata Johnson pada Rabu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

The Rock menekankan seluruh ahli keluarganya telah pulih daripada jangkitan Covid-19.

"Saya boleh katakan ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang harus kita harungi sebagai sebuah keluarga," tambah pelakon itu.

Aktor ini terkenal dengan peranannya dalam francais 'The Scorpion King' (2002), 'Doom' (2005), 'Fast and Furious' dan 'Jumanji'.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sehingga kini, lebih daripada 25.9 juta orang telah dijangkiti dengan virus itu di seluruh dunia, dengan lebih daripada 861,000 kematian, menurut Universiti Johns Hopkins. - Bernama

Artikel Berkaitan: