Tindakan berdasarkan undang-undang: Wan Rosdy

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak berniat menindas pekebun durian musang king di Raub berhubung isu pengosongan tanah yang diterokai mereka secara haram selama ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan bertindak mengikut undang-undang tubuh kerajaan dan sewajarnya pekebun patuh dengan perintah pengosongan itu.

"Kita tidak berkompromi ke atas tanah yang diusahakan secara haram oleh pekebun terbabit walaupun kini tertangguh selepas keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

"Jadi, kita berharap kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutama dalam kalangan pekebun haram itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekebun durian dapat perintah penggantungan sementara

Pada 28 Ogos yang lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz membenarkan agar pendengaran permohonan 111 pekebun haram di Raub bagi semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang melibatkan kebun-kebun berkenaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, ditangguhkan sehingga 28 Oktober depan.

Wan Rosdy berkata, sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, kerajaan negeri terpaksa menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan.

Artikel Berkaitan: