Penunggang maut dalam kemalangan motosikal

No Image Caption
A
A
A

ROMPIN - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 118, Jalan Kuantan - Johor Bahru di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 malam itu, peniaga, Jo a/l Ali, 39, dari Kampung Simpai di sini mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, penunggang sebuah lagi motosikal, Muhammad Ariff Shah Mohd Yusoff, 18 dan pemboncengnya, Muhammad Annaf Mohd Yusuf, 16, dari Kampung Palas, Nenasi, Pekan, cedera.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati kedua-dua motosikal dalam perjalanan menghala ke Kuantan.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai dilanggar motosikal dinaiki dua remaja berkenaan dari arah belakang menyebabkan kedua-dua motosikal terjatuh.

"Semua yang cedera dihantar ke Hospital Rompin untuk menerima rawatan," katanya.

Azly berkata, Jo yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia jam 11.02 malam ketika menerima rawatan di wad kecemasan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: