Sultan nazrin kurnia surat cara pelantikan hakim

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan dan lima Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara di sini.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik ialah Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Nallini Pathmanathan.

Lima Hakim Mahkamah Rayuan pula ialah Datuk Lau Bee Lan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Datuk Yew Jen Kie, Datuk Nor Bee Ariffin dan Datuk Has Zanah Mehat.

Turut hadir menyaksikan istiadat di Singgahsana Kecil Istana Negara adalah Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar. - Bernama

Artikel Berkaitan: