Kanak-kanak enam tahun dikhuatiri lemas jatuh parit

Dron digunakan dalam proses mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, petang tadi.
Dron digunakan dalam proses mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, petang tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas apabila dipercayai hanyut di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, Sungai Petani petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, maklumat awal yang diperoleh terdapat dua kanak-kanak jatuh ke dalam parit namun salah seorangnya berjaya diselamatkan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan jam 5.37 petang tadi dan tiba di lokasi kira-kira 7 minit kemudian.

"Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dapat diselamatkan manakala status seorang lagi kanak-kanak masih belum diketahui.

Bomba menggunakan kaedah 'surface searching' untuk mengesan kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, petang tadi.
Bomba menggunakan kaedah 'surface searching' untuk mengesan kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, petang tadi.

"Maklumat awal menerusi komander operasi mendapati seorang kanak-kanak lelaki masih hanyut dipercayai menuju ke hilir sungai. Tindakan pasukan bomba adalah dengan melakukan pencarian di lokasi dan di kawasan hilir menuju ke sungai menggunakan kaedah 'surface searching'," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi pencarian dihentikan jam 8 malam tadi dan akan sambung semula pada jam 8 pagi esok.

Difahamkan salah seorang kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh seorang penjaja yang kebetulan berada di kawasan itu.

Artikel Berkaitan: