X

Kindly register in order to view this article
!

Somalia ucap selamat Hari Kebangsaan ke-63

Abukar Abdi Osman - Foto Facebook
A
A

KUALA LUMPUR - Somalia menzahirkan ucapan tahniah kepada Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 esok.

Dutanya di Malaysia, Abukar Abdi Osman dalam kenyataan semalam turut berdoa untuk keamanan, kesejahteraan dan kemajuan negara ini serta Malaysia dapat mengatasi pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagi pihak negaranya, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; kerajaan dan rakyat Malaysia sempena sambutan tersebut.

“Hubungan kukuh antara Somalia dan Malaysia membolehkan kita menghadapi cabaran baharu dengan lebih baik dan meneroka peluang baharu untuk rakyat kita.

“Membangunkan ekonomi, keselamatan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara ini, kita terus membuat kemajuan dalam perkongsian matlamat menggalakkan keamanan dan kemakmuran negara,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!