Pemandu treler rentung kemalangan

Mangsa maut di lokasi kejadian
Mangsa maut di lokasi kejadian
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu treler rentung selepas merempuh sebuah lagi treler dalam kejadian di Kilometer 6.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dari arah Kuala Lumpur menghala Klang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi, mangsa dikenali Jamaluddin Mohammad, 60, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah treler yang berada di lorong tengah tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh treler yang dipandu mangsa.

"Kemalangan itu menyebabkan treler yang membawa muatan besi buruk itu terbakar dan pemandu rentung. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Mangsa maut di lokasi kejadian
Mangsa maut di lokasi kejadian

"Bagaimanapun, pemandu treler yang dirempuh itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 6.21 pagi untuk membantu mengeluarkan mangsa.

Artikel Berkaitan: