Matic gantung but di pentas antarabangsa

Matic
Matic
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Nemanja Matic membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa bagi memberi peluang kepada pemain muda menyarung jersi skuad kebangsaan Serbia.

"Selain memberi alasan ini masanya pemain muda mengambil alih tempatnya, Matic tidak memberikan sebarang alasan kukuh mengapa dia membuat keputusan itu (bersara di peringkat antarabangsa).

"Kami menghormati keputusannya. Dia sudah berusia 32 tahun dan dia juga mengharungi musim yang sukar. Bola sepak Eropah semakin mencabar, apatah lagi kami juga perlu menyuntik tenaga baharu dalam pasukan kebangsaan.

"Kami memiliki beberapa pemain muda yang berpotensi tinggi. Jadi inilah masanya kami memanggil mereka menyertai pasukan kebangsaan," kata Pengarah Sukan Persatuan Bola Sepak Serbia (FSS), Vladimir Matijasevic.

Sebagai rekod, Matic mewakili skuad kebangsaan Serbia sebanyak 48 kali sejak 2008 termasuk beraksi pada kempen Piala Dunia 2018. Biarpun menggantung but di pentas antarabangsa, Matic masih terus menabur bakti bersama United.

Artikel Berkaitan: