X

Kindly register in order to view this article
!

RON95, RON97 naik 1 sen, diesel turun 2 sen

Harga RON95 akan dijual pada harga RM1.72 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.02 seliter.
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen, manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!