88 individu ingkar PKPP ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 88 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan,) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 84 individu dikompaun manakala empat lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP yang termasuk gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk sebanyak 31 kes, tidak memakai pelitup muka (15 kes) dan private party (32 kes).

"Sebanyak 64,658 pemeriksaan dilakukan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan PKPP hari ini.

Menurutnya, selain itu polis juga mengadakan 434 pemeriksaan terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan kesemua individu terbabit didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 18,401 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 68 hotel dan enam Institut Latihan Awam (ILA).

"Daripada jumlah itu, seramai 7,965 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 56 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala seramai 10,380 individu sudah dibenarkan pulang," katanya.

Katanya, sebanyak 62 sekatan jalan raya Operasi Benteng turut diadakan di seluruh negara semalam dan 25,503 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong tikus, namun tiada tangkapan dilakukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: