Luqman catat rekod tersendiri di Eropah

Luqman Hakim
Luqman Hakim
A
A
A

PEMAIN bola sepak remaja sensasi Luqman Hakim Shamsudin mencatatkan rekodnya tersendiri di Eropah selepas berjaya menjaringkan satu gol pada penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk Bawah-21dalam perlawanan menentang pasukan KRC Gent.

Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu itu, dilihat merampas bola daripada pemain pertahanan lawan, sebelum merembat bola melepasi penjaga gol KRC Gent, dalam satu video disiarkan di laman sosial KV Kortrijk.

Bagaimanapun KV Kortijk tewas 1-4 dalam perlawanan pertama Luqman Hakim selepas menjalani kuarantin 14 hari.

“Hakim Luqman, jaringkan gol pertamanya di Eropah untuk U21 kita (@kvkjeugd) dalam kekalahan 1-4 ketika menentang KRC Gent. Tahniah, Hakim!,” dalam hantaran Facebook dan Twitter kelab tersebut.

Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu Kv Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.- Bernama

Artikel Berkaitan: