The Lions mahu baham The Fighters

Prof Dr Azizan (tiga, kiri) bersama Ketua Timbalan Pendaftar Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infrastruktur UiTM Shah Alam, Khairul Anuar A Rahim (empat, kanan) ketika simbolik penyerahan bas UiTM FC pada Majlis Perasmian Bas UiTM FC di Pusat Sukan UiTM Shah Alam hari ini. -Foto Bernama
Prof Dr Azizan (tiga, kiri) bersama Ketua Timbalan Pendaftar Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infrastruktur UiTM Shah Alam, Khairul Anuar A Rahim (empat, kanan) ketika simbolik penyerahan bas UiTM FC pada Majlis Perasmian Bas UiTM FC di Pusat Sukan UiTM Shah Alam hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

JURULATIH UiTM FC, Frank Bernhardt yakin semua pemain akan bermain bermati-matian demi mendapatkan mata penuh, pada perlawanan CIMB Liga Super menentang Feld United di Stadium Jengka, Pahang, malam esok.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan The Lions itu mengumpul empat mata selepas empat perlawanan sebelum saingan CIMB Liga Super ditangguhkan pada 18 Mac lepas susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran Covid-19.

“Semua pemain berada dalam keadaan baik dan sihat. Namun, Gustavo Almeida tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

“Kami perlu mengumpul lebih banyak mata, dan ini adalah target kami. Kami ke sana untuk menang,” katanya selepas majlis penyerahan bas rasmi UiTM FC di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah, pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad serta semua pemain.

Mengenai perlawanan malam esok, Bernhardt berkata Felda United adalah pasukan yang baik namun beliau yakin anak buahnya mampu mencipta kemenangan ke atas skuad The Fighters itu.

“Cuma satu perkara, kami perlu bermain di atas padang tiruan. Ia agak kurang baik namun kami perlu menyesuaikan diri,” katanya.

Sementara itu, Azizan berharap semua pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka sepanjang baki tujuh perlawanan dan mencapai sasaran untuk berada dalam lima pasukan terbaik liga.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, dalam ucapannya, Azizan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang menghadiahkan bas baharu sebagai menghargai skuad UiTM FC yang berjaya ke saingan CIMB Liga Super musim ini.