Rokok seludup dikhuatiri monopoli pasaran

Azrani Rustam
Azrani Rustam
A
A
A
SHAH ALAM - Pengurangan separuh daripada penyeludupan rokok yang berlaku di negara ini boleh mengembalikan hasil sehingga RM2.5 bilion.

Pengarah Komunikasi Korporat Japan Tobacco International (JTI), Azrani Rustam berkata, dalam isu pembolosan sempadan, rokok menjadi antara bahan seludup yang tinggi dijual di pasaran tanpa melalui kutipan cukai bernilai lebih RM5 bilion.

“Kesannya amat berat. Mungkin ada yang kata isu ini dah lama termasuk di negara-negara lain, tapi dalam konteks jumlah kehilangan pencukaian negara amat berat.

“Saya hanya mewakili satu industri sahaja. Penyeludupan ini adalah isu yang besar. Sebanyak 60 peratus rokok di pasaran tidak bayar cukai bermakna enam daripada 10 rokok dijual secara tidak sah,” katanya.

Azrani berkata, lambakan produk alternatif (rokok murah tanpa melalui cukai) akan terus menambahkan lagi permintaan dan dibimbangi akan memonopoli industri yang sah.

“Sejumlah 12.2 bilion batang rokok seludup masuk di negara ini dan mustahil jumlah yang besar ini dapat masuk hanya dengan ‘jalan-jalan tikus’ jika tiada saluran yang lebih sistematik.

“Kita bimbang budaya ini akan menjadi lebih besar seterusnya industri tidak sah akan mengambil alih industri sah. Kerana itu penting kerjasama masyarakat dan agensi mengekang penyeludupan,” katanya.

Artikel Berkaitan: