Tak sangka benda ini boleh tersebar: Ayu Damit

Penyanyi, Ayu Damit
Penyanyi, Ayu Damit
A
A
A

PENYANYI yang juga merupakan Juara One In Million musim kedua, Ayu Damit mengakui ada ditawarkan tanah seluar empat hektar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ayu berkata, bagaimanapun ia sekadar perbincangan lisan antara Majlis Tindakan Ekonomi Selebriti (MTES) sahaja dan belum ada sebarang hitam putih.

"Baru sekadar perbincangan lisan masa mesyuarat perjumpaan ahli-ahli MTES.

"Tiada kenyataan lanjut yang saya boleh berikan sebab masih belum ada sebarang pengesahan.

"Tak sangka benda ini boleh tersebar," jelasnya kepada mStar Online.

No Image Caption

Begitu pun, Ayu ketika ini bersama suami, Syed Fauzi, 31 sedang mengusahakan tanaman cili fertigasi di ladang berkeluasan 1.4 hektar yang terletak di Batu 22, Hulu Langat, sejak dua tahun lalu yang disewakan oleh Orang Asli.

Ayu yang menjalankan perusahaan berkenaan turut menganggap perkara yang bakal berlaku selepas ini akan dijadikan pengajaran.

Artikel Berkaitan:

"Saya mahu fokus dengan apa yang saya mahukan, sentiasa untuk berfikiran positif serta enggan menjadi orang yang negatif.

"Setakat ini alhamdulillah saya belum pernah ditipu lagi," katanya.