Tuah memihak Bayern

Flick (barisan belakang, tiga dari kanan) bersama barisan pemain Bayern meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara di Lisbon awal pagi kelmarin.
Flick (barisan belakang, tiga dari kanan) bersama barisan pemain Bayern meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara di Lisbon awal pagi kelmarin.
A
A
A

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menganggap Bayern Munich memiliki sedikit tuah dalam perjalanan mereka memenangi trofi Liga Juara-Juara musim ini.

Menurut Klopp, perubahan jadual perlawanan dalam saingan Bundesliga akibat pandemik Covid-19 memberikan lebih peluang untuk kelab gergasi Jerman bersedia untuk mengharungi kejohanan tertinggi Eropah itu.

"(Pengendali Bayern) Hansi Flick memang sudah mencapai kejayaan dalam masa terdekat selepas mengambil alih pasukan pada November tahun lalu. Tetapi, mereka sedikit bertuah untuk menang Liga Juara-Juara.

"Jadual perlawanan mereka terutama dalam saingan domestik banyak membantu untuk mereka mempersiapkan diri menghadapi Liga Juara-Juara," katanya.

Bundesliga menjadi liga pertama di Eropah yang kembali memulakan saingan domestik mereka selepas dihentikan akibat pandemik Covid-19 pada Mac lalu.

Ia bermakna, Bayern mempunyai lebih daripada sebulan sebelum menentang Chelsea dalam aksi Liga Juara-Juara yang menyaksikan The Bavarians menundukkan Chelsea dengan agregat 7-1.

Juara bertahan, Liverpool telah terkeluar ketika itu dan satu-satunya wakil Inggeris di peringkat 16 pasukan terbaik ialah Chelsea yang hanya mempunyai tempoh seminggu untuk melakukan persiapan selepas mengharungi aksi final Piala FA menentang Arsenal.

Paris Saint-Germain (PSG) yang tewas kepada Bayern pada aksi final itu juga perlu mengharungi beberapa perlawanan domestik ketika tempoh saingan Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Klopp mengakui Bayern memiliki ramai pemain hebat dan cukup sempurna di setiap posisi yang menjadi antara ramuan kejayaan mereka.

"Mereka (Bayern) cukup sempurna sebenarnya di semua posisi dengan pemain berkelas dunia. Mereka juga mempunyai pemain-pemain muda yang bagus," jelasnya.