Gara-gara terlanggar meja

Video berdurasi 2.07 minit yang memaparkan pergaduhan dua kumpulan di satu lokasi di sekitar Iskandar Puteri yang tular kelmarin.
Video berdurasi 2.07 minit yang memaparkan pergaduhan dua kumpulan di satu lokasi di sekitar Iskandar Puteri yang tular kelmarin.
A
A
A

KOTA TINGGI - Akibat terlanggar meja, dua kumpulan yang masing-masing terdiri daripada 10 dan lima lelaki bergaduh sesama sendiri di sebuah kafe di Forest City Gelang Patah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian pada jam 8 malam itu berlaku ketika salah satu kumpulan sedang menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang rakan mereka.

"Dipercayai pergaduhan tercetus apabila seorang lelaki daripada kumpulan lima lelaki lain terlanggar meja sehingga terjadi perselisihan faham dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan antara satu sama lain.

"Pertengkaran bertambah kecoh dan ada yang membaling meja di kafe tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Menembak Ketua Polis Johor Bersama Media Johor di Lapang Sasar Ladang Rem di sini hari ini.

Kelmarin tular di media sosial video berdurasi 2.07 minit memaparkan pergaduhan dua kumpulan di satu lokasi di sekitar Iskandar Puteri.

Dzulkhairi berkata, polis menahan empat lelaki berusia 19 hingga 24 tahun di sekitar Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat.

Menurutnya tiada kecederaan dilaporkan dan Dzulkhairi menafikan pergaduhan tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster.

Artikel Berkaitan: