Ganjaran RM5,000 pemberi maklumat monyet, biawak mati dipanah

Gambar dikongsikan di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia hari ini.
Gambar dikongsikan di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat lengkap berhubung insiden monyet dan biawak mati dipanah di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail, kelmarin.

Memetik kenyataan di Facebook rasminya, tindakan kejam itu menyebabkan masyarakat mendesak persatuan campur tangan bagi mengheret pelaku ke muka pengadilan.

Kenyataan menyebut, tawaran tersebut dibuka kepada umum termasuk rakan pemanah dengan jaminan maklumat pengadu dirahsiakan.

"Seekor monyet dan biawak mati dipanah, sementara seekor lagi monyet kelihatan sengsara dan kesakitan akibat busur panah tertusuk pada ekor.

"(Kami) mohon rakan pemanah kirimkan rakaman video, gambar dan maklumat diri pemanah ini ke hotline Whatsapp 011-20901097," memetik kenyataan itu.

Katanya, selain ganjaran wang tunai, pemberi maklumat juga akan menerima sijil penghargaan serta cenderamata daripada Persatuan Haiwan Malaysia.

Artikel Berkaitan: