Menteri dikompaun RM1,000 langgar kuarantin

Dr Mohd Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini berkata, Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

"Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7Julai lalu dan menjalani sampel 'nasopharyngeal swab' kali pertama pada hari yang sama dan didapati negatif.

"Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

“Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 342, pegawai diberi kuasa telah mengeluarkan kompaun RM1,000 ke atas Khairuddin pada 7 Ogos dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan,” katanya.

Mohd Khairuddin didakwa tidak menjalani kuarantin 14 hari sekembalinya dari Turki pada 7 Julai lalu selepas berada di negara itu selama beberapa hari.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Isu tersebut timbul apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa Khairuddin tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Beliau yang juga bekas Menteri Perindustrian Utama menganggap Khairuddin telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ARTIKEL BERKAITAN Teresa dakwa menteri pulang dari Turki tidak jalani kuarantin

Artikel Berkaitan: