Hubungi saya jika ada maklumat pusat judi: Nik Ezanee

Kakitangan TNB dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memotong bekalan elektrik di salah sebuah sebuah premis perjudian di Petaling Jaya Selatan hari ini.
Kakitangan TNB dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memotong bekalan elektrik di salah sebuah sebuah premis perjudian di Petaling Jaya Selatan hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menggesa orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui aktiviti perjudian dan pelacuran di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan terus membuat pemeriksaan di premis berdasarkan maklumat atau aduan tersebut.

"Sebagai contoh baru-baru ini di kawasan Oasis Damansara, penduduk salurkan maklumat tentang pusat perjudian di situ, kita gempur dan hasilnya tiada lagi pusat judi di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pemotongan bekalan elektrik di premis perjudian dan pelacuran oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya Selatan di sini hari ini.