'Ayah pesan jaga molek budu'

Allahyarham Ismail meninggal dunia di HUSM, semalam.
Allahyarham Ismail meninggal dunia di HUSM, semalam.
A
A
A

TUMPAT - Pengasas Budu Cap Ketereh, Ismail Jusoh sempat berpesan kepada anaknya supaya menjaga baik kilang budu diusahakan sebelum menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Allahyarham Ismail yang berusia 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 8.05 malam.

Mohd Izwan menunjukkan gambar arwah ayahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ketil.
Mohd Izwan menunjukkan gambar arwah ayahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ketil.

Anaknya, Mohd Izwan Ismail, 33, berkata, pesanan itu menjadi penguat semangat untuknya dan adik-beradik seramai lapan orang meneruskan legasi budu cap Ketereh yang diusahakan ayahnya sejak 40 tahun lalu.

“Ayah pesan jaga molek kilang budu cap ketereh ini. Legasi Budu Cap Ketereh akan diteruskan saya dan adik-beradik memandangkan kami sudah menceburi bidang ini dari awal lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Ketil di sini, hari ini.

Menurutnya, ayahnya dimasukkan ke HUSM pada 8 Disember lalu disebabkan tekanan darah rendah sebelum keadaannya semakin lemah dan pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan allahyarham mengidap kanser darah tetapi masih di peringkat awal.

“Awal Januari ayah menjalani kemoterapi tetapi keadaannya semakin lemah mungkin disebabkan sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan jantung.

“Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan kampung Ketil jam 7.30 pagi tadi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Husien, 65 dan lapan anak.