X

Kindly register in order to view this article
!

Polis berkas tujuh lelaki ahli sindiket proses, edar dadah

Zainudin (tengah) menunjukkan hasil rampasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah selepas memberkas tujuh lelaki termasuk seorang lelaki warga Iran dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang sejak 14 Ogos hingga 18 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Deputi Komisioner Zainudin Ahmad, berkata, kesemua yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 33 hingga 56 tahun dan didapati positif dadah.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 42.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

"Kita juga menyerbu sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah di Selayang Baru selain menyita empat buah kereta, seutas rantai leher dan seutas jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM128,500," katanya pada sidang media di Balai Polis Setiawangsa, di sini hari ini.

Zainudin berkata, bekalan dadah yang dirampas dipercayai diseludup dari China dan sindiket berkenaan dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata, kesemua suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!