Quartararo mahu tambah mata lagi

Fabio Quartararo optimis mampu menghasilkan keputusan lebih positif pada Grand Prix (GP) Styria, hujung minggu ini. - Foto Petronas SRT
Fabio Quartararo optimis mampu menghasilkan keputusan lebih positif pada Grand Prix (GP) Styria, hujung minggu ini. - Foto Petronas SRT
A
A
A

PELUMBA MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo optimis mampu menghasilkan keputusan lebih positif pada Grand Prix (GP) Styria, hujung minggu ini selepas prestasi hambar di GP Austria sebelum ini.

Menurut pelumba berusia 21 tahun kelahiran Nice Perancis itu, keyakinan berkenaan hadir apabila mendapati pasukannya bekerja keras melakukan persiapan rapi menjelang perlumbaan di Litar Red Bull Ring.

"Saya menyasarkan untuk menamatkan perlumbaan ini dalam kelompok lima pelumba terbaik dan sekali gus meraih mata sebanyak mungkin dalam kejuaraan dunia.

"Sejujurnya biarpun litar ini bukan yang bersesuaian buat pasukan Yamaha, kami tetap mengharungi perlumbaan yang baik minggu lalu.

"Memang agak memalukan apabila memperkatakan mengenai isu brek pada jentera saya kerana saya merasakan saya mampu menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima, minggu lalu," katanya.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Franco Morbidelli kembali bersedia mengharungi perlumbaan hujung minggu ini setelah terlibat dalam kemalangan di litar sama minggu lalu.

Katanya, dia bersemangat untuk kembali ke litar biarpun mengakui masih merasai sedikit kesakitan pada sebelah sebelah kanan badannya akibat kemalangan berkenaan.

"Saya telah kembali ke Itali untuk berehat seketika dan kini saya telah bersedia untuk berlumba sekali lagi hujung minggu ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya menjangkakan akan melalui satu lagi hujung minggu yang sukar, namun saya yakin pasukan saya sudah bekerja keras dan akan menyediakan jentera terbaik untuk saya," katanya.