Siasat komplot singkir MB Perak

Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh
Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh
A
A
A

IPOH - Armada Bersatu Perak mendesak setiap kepimpinan PH negeri menyiasat dakwaan terdapat usaha menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, tindakan tegas termasuk memecat dari jawatan Exco Kerajaan Negeri perlu diambil sekiranya dakwaan itu didapati benar.

“Kita memandang serius dakwaan Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad bahawa terdapat usaha Exco Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai tawaran kepada lima Adunnya bagi tujuan itu.

“Jika benar dakwaan tersebut, tindakan tegas perlu diambil termasuk tindakan disiplin oleh kepimpinan parti selain menggugurkan dari jawatan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan berkomplot bersama Adun pembangkang disifatkan sebagai perbuatan yang tidak boleh dikompromi.

Artikel Berkaitan:


“Rakyat beri mandat serta kepercayaan kepada PH malah, Sultan Perak turut berkenan Ahmad Faizal untuk mentadbir negeri ini.

“Semua pihak patut berhenti dari menimbulkan perkara yang tidak berfaedah pada rakyat dengan menghidangkan perbalahan, perpecahan dan adu domba tidak kira daripada parti politik mana sekalipun,”katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN dipujuk singkir MB Perak]