Ikan laga sumber rezeki

Mohd Zailani (kiri) dan Mohd Shahril memerhatikan ikan untuk digredkan.
Mohd Zailani (kiri) dan Mohd Shahril memerhatikan ikan untuk digredkan.
A
A
A
BACHOK - Tular ikan laga atau betta terjual dengan harga RM6,617 pada 2016 mendorong dua beradik di Kampung Lubuk Merbau, Perupok menternak dan membiak ikan itu untuk menjana pendapatan.

Mohd Zailani Abdullah, 32, dan adiknya, Mohd Shahril, 27, memulakan usaha itu sejak tiga tahun lalu dengan modal permulaan hanya RM50.

Mohd Zailani berkata, selepas melalui beberapa halangan akhirnya induk baik ikan tersebut berjaya dihasilkan.

Antara ikan laga menarik yang dimiliki dua beradik di Kampung Lubuk Merbau.
Antara ikan laga menarik yang dimiliki dua beradik di Kampung Lubuk Merbau.

Katanya, walaupun tidak mungkin mencapai harga sebagaimana ikan laga tular yang menyerupai bendera Thailand itu, mereka berbangga kerana pernah menjual seekor ikan dengan harga RM1,000.

“Selain menerima pelanggan di rumah, kami juga menjualnya secara atas talian dan harganya bergantung kepada kecantikan,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak jenis ikan laga seperti halfmoon betta, halfmoon plakat, crowntail, diubletail dan giant betta di mana ia dipecahkan pula kepada jenis-jenis lain hasil kacukan.

Mohd Zailani dan Mohd Shahril menumpukan sepenuh masa kepada usaha membiak ikan laga dan gupi.
Mohd Zailani dan Mohd Shahril menumpukan sepenuh masa kepada usaha membiak ikan laga dan gupi.

Ketika ini katanya, mereka mempunyai lebih 4,000 ikan termasuk 1,500 yang sudah matang.

Artikel Berkaitan:

“Bukan senang nak jaga ikan laga ini, selain pelet, ikan laga juga memerlukan makanan semula jadi, kutu air untuk membesar dengan segar.

“Kami menggunakan daun ketapang untuk memastikan kualiti air lebih terjamin,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain ikan laga, mereka juga membiak ikan gupi yang juga ikan hiasan popular yang boleh mencecah harga RM150 seekor.