X

Kindly register in order to view this article
!

Koeman mahu pujuk Messi kekal di Barcelona

Koeman
A
A

PENGENDALI baharu Barcelona, Ronald Koeman akan cuba berbincang dengan Lionel Messi untuk memastikan penyerang itu terus kekal bersama kelab Catalan berkenaan.

Menurutnya, khidmat penyerang berusia 33 tahun itu yang juga merupakan antara pemain terbaik dunia ketika ini amat diperlukan bagi mengharungi saingan musim depan.

“Messi adalah pemain terbaik di dunia dan saya sebagai jurulatih sudah tentu suka bekerja dengan Messi. Khidmatnya masih diperlukan kerana dia boleh memastikan kelab mencapai kemenangan.

“Saya akan gembira jika dia mahu kekal di kelab ini.Saya akan memulakan perbincangan dengannya dan juga beberapa pemain lain. Dalam kes Messi ini saya harap dia akan terus bersama Barcelona untuk beberapa tahun lagi,” katanya.

Pemain kebangsaan Argentina itu dilaporkan mahu berpindah ke kelab lain apabila masih belum menandatangani kontrak selain mengharungi musim suram bersama gergasi Sepanyol berkenaan.

Beberapa kelab besar dilaporkan mengintai khidmat Messi antaranya Manchester City yang menjadi antara potensi destinasi seterusnya pemain itu.

Koeman yang sah dilantik sebagai pengendali baharu Barcelona dengan kontrak dua tahun pada semalam juga percaya Messi akan terus kekal di Barcelona.

“Sudah tentu ada perbincangan yang akan dibuat tetapi sudah tentu ia rahsia antara saya dan Messi. Saya akan berbincang pandangan mengenai Barcelona dan saya akan buat keputusan. Harus di ingat Messi juga masih ada kontrak satu tahun lagi bersama kelab,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!