Menteri nafi jadi punca masjid ditutup

Khairuddin (tengah) menerima watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehormat (PA) daripada Mohd Redzuan (kiri) dalam Majlis Perjumpaan Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) bersama Ketua Pesuruhjaya APM dan Warga APM Terengganu di Hotel Paya Bunga (PB) malam tadi.
Khairuddin (tengah) menerima watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehormat (PA) daripada Mohd Redzuan (kiri) dalam Majlis Perjumpaan Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) bersama Ketua Pesuruhjaya APM dan Warga APM Terengganu di Hotel Paya Bunga (PB) malam tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menafikan beliau menjadi punca kepada penutupan sebuah masjid di Kuala Nerus berkuat kuasa semalam.

Beliau yang terpalit dengan dakwaan itu tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara pada bulan lalu berkata, penutupan Masjid Seberang Bukit Tumbuh itu tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Tiada kaitan. Tunggu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kita tidak mahu menimbulkan panik kepada rakyat dan insya-ALLAH pihak kementerian akan buat yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab dan Warga APM Terengganu di Hotel Paya Bunga (PB) di sini malam tadi.

Terdahulu, Khairuddin turut menerima watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehormat (PA) daripada Mohd Redzuan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak dan Pengarah APM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu enggan mengulas lanjut berhubung isu ingkar kuarantin yang semakin panas sebaliknya menyerahkan kepada KKM untuk membuat kenyataan terperinci.

“Pertama, sebagai menteri saya perlu akur kepada peraturan dan menyerahkan kepada KKM untuk membuat kenyataan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Masjid Seberang Bukit Tumbuh ditutup selama empat hari bermula petang semalam bagi aktiviti pembersihan dan nyah kuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Sebuah masjid dan surau di Kuala Nerus ditutup