Sarang Rohingya digempur

Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai runcit yang beroperasi menggunakan pekerja warga asing, 12 kediaman serta 34 individu diperiksa dalam operasi Op Bersih Bersepadu Warga Asing semalam.

A
A
A

KOTA BHARU - Tiga lokasi di bandar Ketereh yang menjadi penempatan etnik Rohingya lebih dua tahun lalu digempur pihak berkuasa melalui Op Bersih Bersepadu Warga Asing petang semalam.

Etnik berkenaan bekerja sebagai buruh di kawasan pinggir bandar Melor, Kadok dan Kok Lanas yang sedang membangun.

Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai runcit yang beroperasi menggunakan pekerja warga asing, 12 kediaman serta 34 individu diperiksa dalam operasi selama tiga jam bermula jam 4.30 petang.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI), Mohd Noor Affendy Abdul Shukor berkata, seramai 22 lelaki warga asing berusia antara 17 sehingga 50 tahun ditahan kerana tidak mempunyai pengenalan diri, 10 kompaun dikeluarkan membabitkan kawasan kotor dan lima premis perniagaan disita.

Seorang lelaki warga asing yang ditahan kerana dipercayai pemilik perniagaan kedai runcit di Kampung Aril, Melor. Gambar kecil: Keadaan singki di kedai yang kotor dipenuhi dengan tin minuman bertenaga dan daun sirih yang direndam di dalam besen.

“Kami menerima aduan awam berhubung persekitaran yang kotor di tempat tinggal mereka. Ada warga asing menyewa premis untuk menjalankan operasi kedai makan, kedai runcit dan menjadikan kawasan rumah sebagai tempat pengumpulan besi terpakai," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di Pejabat MDKPI malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan, Amran Abd Aziz.

Beliau berkata, pemilik yang menyewakan premis mereka kepada warga asing juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana melanggar syarat lesen.

Artikel Berkaitan:

Motosikal roda tiga yang dipercayai digunakan untuk menjalankan perniagaan ikan dan sayur-sayuran dirampas pihak berkuasa.
Motosikal roda tiga yang dipercayai digunakan untuk menjalankan perniagaan ikan dan sayur-sayuran dirampas pihak berkuasa.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati sembilan daripada mereka berniaga menggunakan lesen individu lain dan 16 gagal menjaga kebersihan di premis yang beroperasi termasuk kedai makan.

“Kesemua tahanan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan untuk tindakan selanjutnya dan akan menjalani ujian kesihatan termasuk saringan koronavirus (Covid-19) sebelum dihantar ke depot tahanan,” katanya.

Mohd Noor Affendy berkata, ketika serbuan penguat kuasa mendapati ada yang sedang makan sireh dalam kumpulan yang ramai dan kesemua mereka sudah berkeluarga.

Wanita ini (tengah) dipercayai menjalankan perniagaan kedai makan, ditahan bagi tujuan siasatan kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kepada pihak berkuasa ketika diserbu.
Wanita ini (tengah) dipercayai menjalankan perniagaan kedai makan, ditahan bagi tujuan siasatan kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kepada pihak berkuasa ketika diserbu.

“Mereka yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ini degil kerana menganggap diri kebal dan dilindungi," katanya.

Sementara itu, seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30 tahun yang tinggal di Kampung Melor Lama mengakui memasuki negara ini melalui jalan air dengan menaiki bot dan mendarat di Pulau Langkawi Kedah kira-kira 10 tahun lalu.

Seramai 22 lelaki warga asing berusia antara 17 sehingga 50 tahun ditahan kerana tidak mempunyai pengenalan diri dalam Op Bersih Bersepadu Warga Asing yang dijalankan di tiga lokasi di bandar Ketereh petang semalam.

Lelaki itu mendakwa, dia perlu menjelaskan bayaran berjumlah RM6,000 kepada ejen untuk masuk ke Malaysia dan terpaksa bergadai nyawa dengan berenang tidak jauh dari pantai sebelum tiba ke daratan di Kedah.

“Saya pernah ditangkap dan dihukum penjara enam bulan sebelum datang ke Kelantan dengan menaiki bas untuk membina kehidupan di sini bersama isteri dan empat anak.

“Anak-anak bersekolah agama dan saya pinjam motosikal kawan untuk berniaga sayur serta ikan bagi menyara hidup di sini,” katanya.

Hampir keseluruhan etnik Rohingya yang diperiksa fasih bertutur bahasa Melayu dengan loghat Kelantan selain mengakui tinggal di negara ini kira-kira10 tahun.

Operasi disertai seramai 25 penguat kuasa dengan kerjasama 12 anggota Imigresen Kelantan.