Isu Speaker tangguh mesyuarat

Sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen hari Isnin lepas menarik perhatian ramai.
Sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen hari Isnin lepas menarik perhatian ramai.
A
A
A

PERISTIWA pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen hari Isnin lepas menarik perhatian ramai.

Ahli Parlimen pembangkang bertanya kenapa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tangguhkan mesyuarat selama 10 minit. Apakah muslihat di sebalik penangguhan itu?

Mereka mempersoalkan apakah puncanya sebab tak cukup ahli Parlimen kerajaan dalam dewan? Tindakan Speaker itu mengundang banyak spekulasi cara beliau mengendalikan mesyuarat. Hal itu bukan kali pertama berlaku, kata mereka. Tun mantan Perdana Menteri yang mewakili blok Bebas antara lain persoalkan tindakan menambah bilangan menteri dan timbalan serta mereka yang bertaraf menteri dalam kegawatan ekonomi ekoran wabak Covid-19.

RUU Perbekalan itu bagaimanapun diluluskan untuk bacaan kedua dengan 111 ahli Parlimen setuju dan 106 tidak bersetuju.

Bagi Awang, isunya bukan lulus atau tak lulus. Memang RUU Perbekalan itu perlu lulus, kalau tidak akan berlaku lockdown kerajaan macam di Amerika Syarikat (AS) tak lama dulu. Kerajaan tak boleh beroperasi sebab peruntukan tak diluluskan.

Awang cuma nak ingatkan pihak kerajaan bahawa jumlah sokongan pada mereka masih tipis.

Walaupun Tan Sri Perdana Menteri dah umumkan Bersatu masuk Muafakat Nasional tapi belum ada jaminan sokongan padu UMNO dan Pas.Harap-harap peristiwa itu jadi ingatan pada Tan Sri Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: